
PENGUMUMAN PENTING:
Maklum Balas Kehadiran Peserta Program Zero to Million (ZTM)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak RichWorks akan menganjurkan Program Zero to Million (ZTM) pada 13-15 Mac 2020 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Sebagai penganjur program, kami ingin mengemukakan kepada anda dua (2) option/pilihan untuk sesi pembelajaran anda rentetan daripada menularnya virus corona (COVID-19) yang melanda seluruh dunia dan negara kita ketika ini.
Anda boleh pilih untuk:
(i) Hadir ke Program ZTM di IDCC Shah Alam atau
(ii) Tonton dan belajar secara Online/Live
Kami ingin memberi anda 2 PILIHAN ini dengan SYARAT:
• Kami ingin menasihatkan anda untuk membuat pertimbangan dan pilihan secara bijak dalam mengambil langkah pencegahan terhadap risiko jangkitan.
• Bagi pihak RichWorks, kami akan mengambil langkah-langkah pencegahan berdasarkan panduan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang program dijalankan.
• RichWorks telah menyediakan 2 pilihan tersebut dan segala risiko adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya.